AKTIVITI

“ gENG nGAJI gLOBAL – Menyebar Manfaat Bekalan Akhirat “

Train Ngaji

[5 Mac 2023/ 14 Ramadhan 1444H]

Alhamdulillah, telah berjaya menjalankan satu ‘Social Experiment’ iaitu Train Ngaji bersama team pengurusan dan 10 pelajar UPM dan 5 Quran Tutor sebagai volunteer. Perjalanan bermula daripada stesyen MRT UPM sehingga ke LRT stesyen Tun Razak Exchange.

Ia satu fenomena dan misi untuk menyampaikan mesej kepada kita semua serta masyarakat di luar sana untuk sama-sama memanfaatkan masa yang ada dengan menghayati kalamullah (Al-Quran).

Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.

(Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)